CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 25 November 2008

saya manusia takde jiwa...

pliz...plizz...plizzz...plizzzz....

saya manusia takde jiwa so tolong la adik kakak pakcik makcik datuk nenek sumer...saya tak reti nak jawab persoalan cinta anda.. do i look like someone that had someone special? and if i do,i myself don't know what to do with that someone special.................but i do know something, love them like you're gonna married them one day...maybe yes maybe no but loving someone no matter who they are, it's just worth it coz i've done it before and for me, doing it is the sweetest,worth-doing, memorable thing i've ever done. dalam 19 tahun saya hidup ni la..and frankly speaking, i miss doing it...coz it's juz worth it...

so people, i wont say a word anymore,think it yourself made up your decision quick before u regret it.....enjoy ok~!! Adios.... :D

Isnin, 17 November 2008

………..

Kenapa bercakap jujur jadi satu benda yang susah utk dilaksanakan sedangkan benda tu satu sikap mulia? Susah sangat ke nak jadi jujur? Kenapa susah sangat nak mengaku bila mencuri? Takut kena tangkap polis? Takut malu? Kalau da berani mencuri, kenapa tak berani nak mengaku salah? Boleh pulak takutkan hukuman dunia sedangkan hukuman akhirat lagi teruk…kenapa mesti takutkan polis sedangkan Allah lagi besar? Bangga la dengan diri sendiri bila dapat mengaku salah sedangkan benda tu tak ramai yang berani nak buat.

Kenapa susah nak bercakap jujur kalau hati sebenarnya berat nak cakap "saya sayang abah", "saya sayang umi" atau 'saya sayang awak".. adakah sebab ego yang tinggi? Mungkin perasaan malu…mungkin? Malu sebab takut di ejek anak mak? Malu sebab takut di ejek jiwang? Apa penting sangat ke ego tu dibandingkan dengan kata-kata macam tu? Bangga la dengan diri sendiri bila sebab tak ramai yang berani untuk luahkan isi hati diorang kat orang yang diorang sayang.

Kenapa susah nak berkata-kata jujur sedangkan itu perkara yang kita harapkan dari orang lain…kenapa perlukan orang lain untuk jujur terhadap kita bila kita sendiri tidak kepada diri sendiri. Pandang diri sendiri dulu sebelum menuding pada yang lain…kalau takde duit, kenapa mesti berbelanja macam orang kaya berduit,berharta? Kenapa mesti berhutang semata-mata nak nampak cool? Apa imej itu ke yang kita pakai untuk dijadikan modal berkawan? Renungan bersama kawan-kawan…… J

Poyo la kau!!!

Baru dapat pergi gig sekali dua, da nak berlagak lebih-lebih…baru dengar, kenal 2 3 buah lagu band2 indie da cakap besar macam band tuh member ko yang main…sedangkan orang lain da kenal lama even before band famous ..apa yang nak eksyen bila ko dapat tahu benda-benda tuh dari cerita KAMI haa??!!…kononnya hidup ko pon macam palat, tapi jangan risau, esok masih ada? Macam tuh? Bleh jalan la…dapat pakai baju band, da poyo-poyo konon nak cerita kat aku pon sorok-sorok takut kena marah…c'mon la, orang yang lain lagi advance dari ko tak kepoh pon, ko lak yang lebih2 nak eksyen..apahal?!! nak tergelak pulak aku bila ko maen bisik-bisik dengan aku, citer pasal ko pergi gig…dok canang sana sini kononnya ko tahu pasal benda-benda tu sumer sedangkan orang laen da tahu lama…harap-harap one day ko takkan dimalukan sebab sifat kepoyoaan ko tuh sendiri…dah la weh, aku bosan dengan perangai macam tuh…suda-suda la ye, bawak-bawak la bertendang…focus kat studiowork ko lagi bagus laa...kesian jugak kat ko…pasal da jumpa ramai sangat orang-orang macam ko n da tak tahan sangat da, terpaksa ak buat blog pasal neh…hurrmmm….Poyo la kau!!

1st day of my semester break

November 16, 2008 Sunday

Alhamdullillah,selamat jugak aku sampai ke rumah…bertolak balik dari Kulai, Johor semalam(15 Nov) dengan kereta api…perjalanan yang panjang dan membosankan.. sama macam perjalanan cuti-cuti yang sebelum… aku n pokjak memang bernasib baik sebab sempat sampai ke stesen Kulai sebelum train sampai… kalau tak,lagi lambat la dapat balik rumah…dalam train memang takde benda yang nak dibuat selain tidur n smoke…makanan akt atas tuh,tersangat la tak sedap n mahal utk pengetahuan korang…masin nya toksah cakap la,bleh kena darah tinggi beb…tapi tak kesah la,perut sude lapar,takkan nak makan rokok kot…hahaha…si pokjak lak, dari start naik train dia tidur..dia bangun pon pagi esok tuh,itu pon aku sedar-sedar je die nak turun da…lepas dia turun kat Tanah Merah, aku sambung tidur balik. Ingat nak tidur kejap jer sebab lagi 1 stesen jer pon nak sampai…maka train pon start jalan balik dari stesen Tanah Merah menuju ke stesen seterus. Tidur aku memang lena gila…bila ak sedar je dari tidur, ak usha kiri kanan…pelik, kosong!...kat mana ak neh? Takkan hantu terbangkan aku gi gerabak kosong kot? Aku usha luar tingkap… stesen Wakaf Bharu….astaga! Aku da sampai rupanya…maka kalut la ak bawak turun beg baju, laptop n beg yang macam-macam beg lagi la. Tapi… sayang seribu kali sayang, train da gerak dulu….Umiiiiii!!!!! Anak mu terlepas stesen....macam mana neh? Macam mana neh? Dengan muka tebal,taik mata yang bertempek dan control malu, aku pon tanya la pegawai KTM tuh…. "Encik KTM encik KTM, saya ni da terlepas stesen neh,macam mana ek?" dengan lebarnya encik KTM tuh sengih…dan sengih…dan sengihan itu meluatkan..maka si penumpang yang terlepas bas neh pon menjawab persoalan yang ditujukan pada pegawai KTM tadi. "Terima kasih encik,saya akan turun di stesen Tumpat yakni stesen yang seterusnya".. kali ni ak tak tidur da,naya jer kalo kena masuk Hatyai…Umi gelak jer bila aku cakap aku terlepas stesen…even aku pon gelak..hahahaha…memang nasib baik la tak terlepas jauh…pheeewww!!

Jumaat, 7 November 2008

Hepy Bufday Kicik!! 30 Oktober 2008

Selepas 9 bulan 10 hari sarat mengandung, maka pada tanggal 30 Oktober 1990 lahirlah seorang bayi, yang agak-agak kecil molek saiznya dari perut Sharifah Normaziah Binti Syed Arifin hasil perkongsian hidup dengan Wan Yahya Bin Wan Samsudin, anak bongsu dari 4 adik beradik,2 laki n 2 pompuan termasuk yang baru neh . Dengan anak mata yang agak2 coklat,bibir ala-ala Angelina Jolie tapi telinga yg kecik tak berapa capang, maka hingar bingar la hospital kat Perak tuh dengan teriak tangis dari puteri yang kecik itu…(tak padan dengan kecik)…

Kalut jugaklah keluarga Encik Yahya bersiap-siap nak menyambut anak baru dorang,kenduri kesyukuran sumer2…almaklum la,kalo nak dikira-kira,sekarang da 28 tahun kahwin,insyaallah mampu nak tambah lagi sorang anak kecik tapi cukup la dengan yang ini. Dibesarkan dengan sihat di Perak Darul Ridzuan,maka bersekolah la die kat MRSM Lenggong yang memang agak dan agak memang terbaik dari ladang sejak dari zaman berzaman lagi dari form 1 sampai la form 5 beliau belajar kat situ…macam-macam suka duka dilalui bersama-sama Da Gadix especially membuat dia sayang kawan-kawan die…(kitorg syg ko jugak!!).

Dengan keputusan yang sememangnya cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia yang letaknya di Skudai,Johor Bahru dalam bidang Sains Kesihatan…entah apa kehidupan dia,saya sebagai penulis blog neh pon kurang pasti tapi yang pasti dan terhangat (maybe saya yang baru tahu),beliau sudah berpunya. Melepas saya……??????? :P Untuk makluman tuan puan para pembaca,beliau sekarang berada di tahun 2 dan sekarang bahagia menempuh liku-liku hidup yang kadang sengsara kadang derita dengan senyum dan tawa. Harap-harap berterusan begitulah hendaknya, Amin..

Tahun ni,2008 beliau menyambut ulangtahun birthdaynya yang ke-18 dengan rakan2 beliau yang bez yakni,saya,Pokjak,Zers n Dayah…kenapa kami best? Teruskan membaca…

30 Oktober 2008,kami telah keluar meronggeng pada malam itu walaupun exam start 3 November 2008… sape peduli dengan exam bila dapat peluang utk meronggeng…(utk mereka yg normal shj…bookworms n nerd are not included)…so,dengan hepy nyer kami keluar lepas solat maghrib menuju ke JUSCO Tebrau… kat saner kami(laki2) terpaksa menunggu mereka(bday gurl n her assistant) makeup… lama btol tunggu siapnya…disebabkan taktau nak watpe da,maka kami bertiga pon jalan2 la n dapat cari pezen yg cukup dengan bajet kami dan semestinya sesuai utk bdk underage yg baru jadi tua tapi secara tepatnya orang muda yg baru nak tua tapi tak tua sangat cuma dia da tak semuda dulu tapi takde la tua sangat…ia adalah sejenis makhluk yg agak2 comel tapi xsecomel bakal owner dia(unsur bodek disitu) dan nama makhluk itu adalah Shooby, dinamakan sempena nama BF baru…diulang BF baru Kicik…saya ulang sekali lagi BF baru Kicik…it's either Shahir or Shahril I think…quite tall but juz suits her… :D

Lepas merengek utk hampir sejam atau lebih,akhirnya perut yg lapar terisi jua…kenapa lama menunggu,sebab kena tunggu mereka siap makeup…tapi lapar tuh hilang bila tengok dorang…my first impression was, "WOWWW!!!! Tebal btol makeup minah2 neh"……hahaha……Zers da tersipu-sipu macam orang nak kentut tapi tak lepas coz tak tau nak kasi respon ape tengok dorg….then second impression was "chaaaaaanteeeeekkkkkkk"……juz couldn't see them through eyes(like always) coz that night mereka nampak dewasa membuatkan saya berkata…KAMI SUDAH DEWASA…utk sejenak buat saya rasa macam baru semalam kitorang kenal kat MRSM…ok2,enough utk babak sedih saya…sambungan…Kicik 2 3 kali tanya "cantek ker tak makeup kitorang"…pertanyaan pertama dijawab dengan main2 "Ye cantek"…jawapan utk pertanyaan seterusnya dijawab dengan perlahan dan ikhlas sambil tenung mata si Kicik "Ye cantek"…sama tapi berbeda…lepas tuh,tiba masa utk si Dayah membelanja kitorang makan sushi king macam yang dijanjikan…kitorang duduk kat seat hujung sebab taknak kacau konsentrasi orang laen makan….pastuh tiba la saat makan yang mana kitorang…………MAAF,PENULIS TELAH KEHABISAN IDEA UNTUK MENCERITAKAN SECARA DETAIL…………kesimpulannya,trimas Dayah sebab belanja makan sushi…sedap tapi tak kenyang…hi3

Sekembalinya kitorang dari sana,kami pon mencari port yang sememangnya bez utk makan kek dengan 'sopan'…tengah2 tasik kami memparkingkan diri….tho xde nyanyi2 n lilin pon susah nak nyala,so she had to act like there was one utk gambar kenang-kenangan…lepas makan,headed to K28 antar kek utk hubby Kicik n anta kanak2 laen pulang…sekian cerita utk kali neh…saya selaku penulis blog nak ambil kesempatan ni utk wish happy birthday yang ke-18 kat Kicik sekali lagi,moga2 bahagia n comey sokmo hendaknya serta segala benda yang baik lagilah n special thanx goes to those that participated directly or indirectly in this true story…

Barisan pelakon :

Kicik    -    bufday gurl

Dayah    -    assistant bufday gurl

Pokjak    -    jejaka hensem 1

Zers    -    jejaka hensem 2

Bopy    -    drebar kereta Kenari

Penulis blog/jurukamera/lighting n props/pengarah/penerbit

Sr. Mohd Aiman Bin Mohd Kamarol Bahari (Bopy) MISM


 

A BM710

http://bopykentot.blogspot.com production


 

Pix Bufday Kicik 30 Oktober 2008

model Body Shop n KiKO.... :P

model Levi's Strauss

tengah tengok video Ellisha

sopannya makan
us at Sushi King

Kek bday

Nantikan kemunculan KITORANG
Ceria macam ntv7

mereka di belakang tabir

nama saya zers dan sekarang saya zers

shantek!!!....sory bro,ni pujian bukan oratan..ha3

model CLINIQUE

ini seni...credits to Kicik..........n his hubby maybe.. :D





Sabtu, 1 November 2008

senyum selagi boleh... :D

biar la ape orang nak kate pasal diri ako......

ak still senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....

total duit yg tinggal skrg memang xcukup utk tampung hidop dlm cuti nnt

ak still senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....

studi xabes lagi tapi mase da makin suntuk

ak still senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....

risau pasal family di rumah

ak still senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....

rindu giler8 kat abah

ak still senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....senyum.....

This is my mindset,xley nk ubah,n insyaallah xkn berubah....biar susah cne pon,negativekan diri skjp,layan perasaan pon kejap2 jer,coz xnk diri ni merajok lame2.....mesti tabah....life is hard, n mmg patot susah cmtuh so ak sedar yg ak ni ciptaanNya yg kerdil n lemah...sedar mane letak diri neh....besides,ak kan abang...kalo abang xdpt nk facing ngn simple matter cmneh,efek yg kecik2 kat rumah tuh...so,need to be strong...kan?

If success that i seek,then had to work hard...if happiness that i want,then i'll seek for it....if i want protection for meself n me family,then had to ask from Him...if I miss Abah or her,pray for him in there n her happiness....

Things would be better, not for long maybe...tapi xkesah la,itu hidop yg ak kena tempuh,so face it with smile coz it's my life...how bout u?





Pantai pasir lanun 18 Okt 2008

Pantai pasir lanun,lokasi kat Mersing memang tempat yang bez utk mereleasekan tension…hu3 Sampai di Mersing lebih kurang pukul 12 tghari,was sure a tiring journey….14 boys in 3 kancil that was rented for half day,pheewww…..memang mcm tin sardin…but none cares bout it,sumer excited nak main air laut… :D

At first,the place that we’re headed was Teluk Ramunia,tapi cancel serta merta lepas kitrorang tanya orang sekitar Mersing pasal tempat tuh…takde sorang pon yg pernah dengar pasal tempat tuh…kinda a weird(+creepy) actually coz how on earth Nuek suggest a place that was actually suggested by his aunt, that has been to that place several times….pelik?!! Maybe readers from Johor can tell me the true fact…if u know laa.. ;P

Otw ke Mersing ader la snap few pix…benci btol la,the view was quite cantek but bcoz of the ketidaksempurnaan henset ku,the quality was tak cantek lah…isk3…Umi,abe nak Nikon….!!!!!

Sampai jer kat saner,sumer tarik muker lega tho we’re not at Teluk Ramunia. Lautnya biru,totally different ngn laut kat Kelatey yg tercemar,tak terjaga,tak terurus n macam2 tak lagi(keluhan dari citizen yg amek berat)…memang damai n relaxing…sumer buat tugas masing2,start api utk bbq,buat air,siapkan tempat utk lepak tido n tong sampah(kami pelajar yg baik)…agak lama jugak sebenarnya nak nyalakan api...tapi xngape,sabar menanti..hu3

Riadah mandi-manda da jd mcm program family day,maen lambung2..n champion utk event neh of coz ak,utk kategori featherweight…hu3..utk kategori 100kilo,bob menang…ha3 Then acara menanam bopi…offered myself dgn rela hati. Take a look at the pic later to see the menanam process…

Tak rase penat pon coz sumer buat keje,besides,we did enjoy ourselves…hepy faces which totally hard to be seen before coz msg2 knal tp xpenah dpt can utk beramah mesra…(sounds gay aite :D Yuckkss!!!)

Otw balik UTM,kitorg terkejot dgn driving skill Wak. He’s totally out of his mind maybe,potong lori sedangkan lori da kasi signal jangan. Time die motong tuh,kitorg tgh naek tmpt yg mcm berbukit sket,of coz xnmpk jln kt depan…mase tuh masing2 diam tkejot sebab elok jer Wak masok kiri balik,ader sebijik keter n sebijik lori ayam brenti kt tepi jalan…maybe dorg nampak lampu keter Wak. Syukur tak jadi pape…kalo tak……….

Sampai UTM around 9 sumthing,n sumernyer terlentang tido mcm org mati(mcm biase) sampai tengah hari esk…




sedap jer tgk pokjak makan...hu3

wak n bopy

sedap!..yum-yum....

............................... :D

sebok2...!!



MARI MENANAM BOPY






HADIAH HARI RAYA 1 Okt 2008