CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 26 Ogos 2011

kangen

rindu pada teman
kenangan lalu mengamit kalbu
pahit manis pelbagai rasa
bersatu teguh bercerai tidak sekali

biar lebam muka
biar pedih telinga
biar sakit badan

jangan mulut keluar kata
bila ada yang datang
berjumpa bertanya
angkara siapa

apa diri ini masih dikenang seperti aku mengenang mereka?

Rabu, 24 Ogos 2011

esok yang tak pasti

biarkan
semalam yang duka
pergi bersama
hari ini yang kecewa
kerana esok yang tak pasti
masih ada

selamat malam dunia
aku sayang semua

Isnin, 22 Ogos 2011

esok hari ini semalam

esok
menanti penuh sabar
kerana
hari ini
bakal berlalu
menemani
semalam

selamat tinggal

Ramadhan ini


andai esok masih ada untuk ku
moga ia kan menjadi lebih baik dari hari ini

andai dia masih sayang kan ku
moga dia sebaik-baik Khadijah

andai ajal tiba menjemput bersama Izrail
moga dengan tenang aku pergi bersama mereka

andai pintu taubat masih terbuka untuk ku
moga aku dibukakan pintu hati menuju ke sana

sesungguhnya
Ramadhan sentiasa mengajar diri perkara baru
datang dan pergi dengan pelbagai 1001 cerita
jadi pembuka juga penutup kisah diri ini
bila mana Syawal menyusul
sambil menyaksikan diri ini akur
meninggalkan Ramadhan dengan kisah dan dosa lalu

Isnin, 15 Ogos 2011

Awak


sikit-sikit nak marah
bukan nak pun tergedik-gedik macam picisan
just nak lighten the situation,being gila-gila
yet u always potong stim,marah-marah

judging me like u know me better
judging me like i am still the old me
judging me like u were there for the past years

tapi takpa
i still love u anyway
i'll wait n hoping at the same time
that all of this worth waiting for

p/s: i always dream bout u wearing a kebaya with a Daphne Iking figure and a tudung like Fida Ibrahim with the character of Amy Mastura..silly me. U never will.

menaip dalam keadaan jiwa kacau,marah,sedih,happy,gila2 buat ak sangap rokok..damn Bopy!

Rabu, 10 Ogos 2011

kelakar

pada suatu hari...burung-burung pun berkicauan..ada yang menyanyi,ada yang menari

"duk canang sana sini kata orang tu poyo orang ni poyo
ralit duk bercerita, tau-tau tempias kena diri sendiri
padan muka hang

itu laa..duk kata kat orang, jangan jaga tepi kain orang pejadah suma
tapi ang, time bulan-bulan posa ni duk kata sora dia tak sedap
eh,lantak pi dia la sedap tak sedap
ang duk sebok pasai pa..dia x kacau idop ang pon

ada dia minta duit kt ang nk beli recorder?
ada dia minta duit kt ang nk beli microfon?
ada dia minta duit kt ang nk byr broadband dia?
ada dia minta tolong ang upload video2 dia nyanyi pasai dia buta IT?

ada? ada?
takdak an?

da tu yg hang duk buat kalut serupa turrr tu pasai pa
ang pi balek la wehh..cermin diri ang tu sikit
bulan-bulan puasa ni ang duk mengata orang watpa
akai ada ka?

punya baguih ang karang cerita,duk bagi pendapat pasai keindahan Islam
duk ceramah pompam2 minta orang sedaq pasai agama anutan ang tu
tapi ang sendiri sebagai penganut ada duk praktik ka?
semayang pun selang seli,ada hati duk habaq orang tu salah itu ini
yang mana haram n ang takmo ikut,mmg baguih, ang mmg tak ikut
tapi hak mana haram tapi ang mmg duk ikut, selamba ja ang wt tak reti
wat2 lupa wat2 taktau la kononnya ang takdak baca pun artikel2 cakap
pasal benda tu sebenaqnya haram

ptuihh...meluat tengok..ang pi balik la na"

begitulah bentak B dengan penuh amarahnya kepada A..ishh3
apa nak jadi la ngn depa dua ni

Ahad, 7 Ogos 2011

Enjoy




I really love this song.. for all stalker, enjoy..this song for u'ols..

Selasa, 2 Ogos 2011

can i have this?



dulu dah dapat moto yang diidam-idamkan
superbike mungkin lambat lagi, boleh hold lagi
tapi yang ini memang tak tahan ooouhhhhh
kan best kalau masa kahwin nanti ada orang support kereta
Norman Hakim pun dengki macam ni

Isnin, 1 Ogos 2011

bersatu malaysia

bersatu bila nak ponteng puasa

sanggup tanak nasi, masak lauk sedap-sedap sebab kesian kat kawan kelaparan sebab puasa masa ramadhan

bersatu bila nak belasah orang
sanggup turun padang semata-mata nak belasah orang lain..sebabnya mamat tu pandang awek kau yang pakai baju belah sana belah sini

bersatu bila nak pergi clubbing
sanggup menipu mak ayah semata-mata nak bakcup diri masing-masing

bersatu bila nak minum arak dan seks bebas
sanggup tolong kawan tukar agama sebab nak halalkan apa yang terang-terang haram dalam islam

bersatu bila support kerajaan atau pembangkang tanpa tahu kebenaran
sanggup memukul dan dipukul saudara seagama malah biarkan mereka mati depan mata tanpa kesal

bersatu bila nak menindas orang lain
sanggup butakan mata, nak kaya punya pasal, melayu, cina, india semua kau langgar..ape ade hal, kau besar, kau hebat, kau segalanya..

bersatu bila sebut pasal duit
sanggup gadai segalanya janji kau kaya..realiti dunia, yang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin, yang ditengah-tengah jadi mangsa..sebab menolong hartawan jadi jutawan, menolong si miskin jadi si fakir..

bulan Ogos ni da kira 54tahun Malaysia merdeka
Malaysia huruhara dalam keadaan sendiri..konon aman tapi tidak

Bersamamu dalam TV3 gerenti rating maintain...tak tinggi tak rendah sebab rakyat Malaysia yang berbilang kaum memang suka tengok Bersamamu sebab nak berkongsi kesedihan...pastu menangis sebab kesian,tapi belum sempat Bersamamu tunjuk nombor akaun bank mangsa, da tekan remote tukar channel..

Ada sapa-sapa tengok Aduan Rakyat? Edisi Siasat?

realiti yang kita lihat
fantasi yang entah bila mampu kita kecapi

yearrghhh!! bersatu la rakyat Malaysia..orang lain punya hal, miskin kaya, lu apa ada hal..diam-diam sudah la kan? Malas nak bebel panjang-panjang..harini aku puasa dan aku kecewa sebab kecewa apa yang aku lihat kat KL..sekian terimaseh..