CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 27 Jun 2011

obsession

astagfirullah... rasa macam diri makin pelik dari hari ke hari...love that turns to some kind of obsession is really scary.. dapat tengok gambar dia berbaju kurung pink pun da cukup buat ak rasa nak pergi jumpa dia malam ni juga... oh! da lama teringin nak tengok dia berbaju kurung macam dulu-dulu...padahal gambar entah dari kamera sape-sape entah tapi da cukup untuk sasaukan kepala otak sekarang... bahaya ni bahaya... tiba-tiba rasa macam psycho plak... selamatkan laa hamba mu ni ya allah...


astagfirullah... obses sangat hidup berkelana kat negeri orang sampaikan cuti semester kali ni baru ak sedar yang ak da lama takde di sisi family terutama umi and adik-adik yang kat rumah..bila ak renung dan tenung mereka lama-lama, baru ak sedar yang mereka da membesar... dan ak pun macam baru tersedar yang arwah abah da kurang lebih 4 ke 5 tahun meninggalkan kami.. azrie da form 3 tahun ni, da nak PMR da pun... body pun da makin sasa even dia lagi tinggi dari ak sekarang ni.. adib plak da tahun 5, next year da UPSR...oh! ak rasa macam nak masuk guna pintu suka hati doraemon pastu kembali ke 4 tahun lepas masa adik-adik masih kecil.. akram pun da nak masuk U and my one and only sister pun da makin matang... makin susah laa nak jaga anak dara...

astagfirullah... kerja dari pagi pulang pagi macam takde life untuk ak...bangun dan tidur semata-mata esok perlu kerja... obses mencari wang membuatkan ak tak sempat nak meluangkan masa untuk family kat rumah... untuk diri sendiri pun kadang-kadang je ada masa... betapa sibuknya hidup untuk mencari duit... ini belum lagi kerja after grad... job hunt time tu maybe lagi challenging... harap-harap umi da ready nak lepaskan ak kat dunia luar...huhuh

is it obsession or its just some introduction before going to a new stage of life??