CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 1 Ogos 2011

bersatu malaysia

bersatu bila nak ponteng puasa

sanggup tanak nasi, masak lauk sedap-sedap sebab kesian kat kawan kelaparan sebab puasa masa ramadhan

bersatu bila nak belasah orang
sanggup turun padang semata-mata nak belasah orang lain..sebabnya mamat tu pandang awek kau yang pakai baju belah sana belah sini

bersatu bila nak pergi clubbing
sanggup menipu mak ayah semata-mata nak bakcup diri masing-masing

bersatu bila nak minum arak dan seks bebas
sanggup tolong kawan tukar agama sebab nak halalkan apa yang terang-terang haram dalam islam

bersatu bila support kerajaan atau pembangkang tanpa tahu kebenaran
sanggup memukul dan dipukul saudara seagama malah biarkan mereka mati depan mata tanpa kesal

bersatu bila nak menindas orang lain
sanggup butakan mata, nak kaya punya pasal, melayu, cina, india semua kau langgar..ape ade hal, kau besar, kau hebat, kau segalanya..

bersatu bila sebut pasal duit
sanggup gadai segalanya janji kau kaya..realiti dunia, yang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin, yang ditengah-tengah jadi mangsa..sebab menolong hartawan jadi jutawan, menolong si miskin jadi si fakir..

bulan Ogos ni da kira 54tahun Malaysia merdeka
Malaysia huruhara dalam keadaan sendiri..konon aman tapi tidak

Bersamamu dalam TV3 gerenti rating maintain...tak tinggi tak rendah sebab rakyat Malaysia yang berbilang kaum memang suka tengok Bersamamu sebab nak berkongsi kesedihan...pastu menangis sebab kesian,tapi belum sempat Bersamamu tunjuk nombor akaun bank mangsa, da tekan remote tukar channel..

Ada sapa-sapa tengok Aduan Rakyat? Edisi Siasat?

realiti yang kita lihat
fantasi yang entah bila mampu kita kecapi

yearrghhh!! bersatu la rakyat Malaysia..orang lain punya hal, miskin kaya, lu apa ada hal..diam-diam sudah la kan? Malas nak bebel panjang-panjang..harini aku puasa dan aku kecewa sebab kecewa apa yang aku lihat kat KL..sekian terimaseh..

0 comments: