CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 22 Ogos 2011

Ramadhan ini


andai esok masih ada untuk ku
moga ia kan menjadi lebih baik dari hari ini

andai dia masih sayang kan ku
moga dia sebaik-baik Khadijah

andai ajal tiba menjemput bersama Izrail
moga dengan tenang aku pergi bersama mereka

andai pintu taubat masih terbuka untuk ku
moga aku dibukakan pintu hati menuju ke sana

sesungguhnya
Ramadhan sentiasa mengajar diri perkara baru
datang dan pergi dengan pelbagai 1001 cerita
jadi pembuka juga penutup kisah diri ini
bila mana Syawal menyusul
sambil menyaksikan diri ini akur
meninggalkan Ramadhan dengan kisah dan dosa lalu

0 comments: