CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 14 Julai 2011

layan kepala

jam baru pukul 11malam,masih awal untuk pulang lepas habis kerja...lepak pekena teh o' panas segelas rokok sebatang dua sambil melayan bebelan sewel kawan-kawan


puas ketawa macam mak lampir dengan kawan-kawan lepas habis kerja..ku jeling jam tangan jarum pendek da dekat nombor 1..alamak,dahi jendol ni ku tepuk, rasa macam lambat je masa berjalan time gelak-gelak tapi rupa-rupanya da 3jam duk menabur air liur kat kedai kopi..

enjin kancil 850 cc ku start..sayang betul ak kat kereta ni..banyak sejarah silam dan kenangan yang memang ak ingat sampai sekarang...ku picit-picit kepala berdenyut sementara otak melayan sakit dan letih....badan penat, mata kuyu dan merah macam penagih...lenguh sana lenguh sini

sambil melayan kepala kancil standard tu ku bawa 50-60km/j sahaja...tangan ku memegang telefon sambil jari memicit aksara M dan E berulang kali pada pad telefon..ingin ku pilih option Call tapi bila ku lihat jam,230pagi, ku pilih Send Message...dalam kepala dan otak yang kosong, minda ku ligat berkarya...ku taip tanpa sedar nukilan baru tanda ingatan dari diri kepada si dia yang dah lama tak berjumpa...

Tanya Iman apa yang penting?
Jawab Iman "Allah yang Esa dan Islam yang penting"
Tanya Akal apa yang penting?
Jawab Akal "Ilmu yang penting"
Tanya Hati apa yang penting?
Jawab Hati "Kamu yang penting"
Tanya Bopi apa yang penting?
Jawab Bopi "Allah, Islam, Ilmu dan Kamu yang penting"

lantas ku tekan Send...mesej dihantar dan ku harap dia baca dan faham maksud ku..

sudah dua tiga hari hati tak tenteram dek kebodohan diri melayan minah tah mana datang..tapi hati ku masih menunggu dan menunggu perkara yang tak pasti..tapi yang pasti, ak sudah dapat agak jawapan dari mulut dia.. mungkin gila mungkin mereng, biar sewel kata orang pada diriku, ak tetap tunggu walau dia sudah berpunya..

28tahun..kerana jika benar dia yang meminta begitu,ak sudi menunggu..masih ada 6tahun..bukan menagih kasih yang tak pasti tapi kerana hati yang masih belum sudi dan terbuka untuk menerima yang lain.. psiko atau gila,ak tak kisah jika dilabel begitu kerana ak adalah ak..setia walau sudah pudar dari ingatan sekalipun dilupakan terus..

sampai di rumah ak bersiap untuk tidur....lantas ku baring di atas tilam bujang dengan boxer sambil berselimutkan gebar yang 'wangi'....tidur tak lena sebab jiwa kacau bercampur kepala yang berpusing..tekak perit dan pedih...hasil sedutan asap dunhill dan ais..

padan muka kau Pi..da tau demam ko sedut lagi makanan jin tu..
padan muka kau Pi..da tau ko sayang dia,apehal ko minta putus..
padan muka kau Pi..da tau die da ada yang lain,ko hegeh-hegeh lagi kenapa..cari lain laa

lantak ak laa..yang demam tu ak, bukan kau
lantak ak laa..yang bodoh tu ak, bukan kau
lantak ak laa..yang kecewa tu ak, bukan kau

erghhh!! tekak makin pedih,hidung pun tersumbat..kepala asyik pening,panadol da sepapn telan..bila nak elok demam nehhh? eishhh..awak..sy rindu nak jumpa awak nak dengar awak gelak tapi saya segan dan saya takut..kat cni je saya boleh luah,depan-depan saya kelu..huk3

0 comments: