CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 29 September 2010

mode : malas

makin hari makin menjadi-jadi lak...pagi susah nak bangun..bila da bangun, petang sambung tido..maghrib baru bangun balik...pastu malam bila da lapar, pergi la makan...da balik makan, hati senang sebab perut kenyang...bajet nak rilek kejap before study, isap rokok dulu sebatang dua sambil tengok movie...


tapi bila da mengadap laptop dengan sambil online, mata tengok movie, tangan dok ketak ketuk menaip(chatting)...pas abes sebatang rokok, mata menjeling jam, "oh, awal lagi..lek lu, sap kok lu"...sambung balik main chatting, facebook yada yada...dalam 10minit gitu, isap lagi sebatang rokok, mata tengok jam,eh ni da boleh start nak buat kerja da ni...sedut punya sedut rokok, tiba-tiba rasa nak kencing, maka pergi la ke tandas...da balik tandas, tak terus ke meja untuk offline and study...

tapi pergi bilik sebelah tengok dorang buat apa..rupanya tengok rancangan korea, family outing...join la sekaki..konon-konon sekejap...tapi faham-faham laa...bila da mengadap benda camtuh,tergelak-gelak ngan member-member...bertambah seronok pulak..mula-mula berdiri, pastu kaki ni mula rasa lenguh...tarik kerusi dari meja member,konon nk hilangkan lenguh sebab tengok sambil berdiri...dalam hati berkata "habis satu episod korean show ni, balik bilik study laa"...setengah jam lepas tuh, bila da abis citer, dorang sambung tengok lagi satu episod...kononnya tak mau terjebak,risau tido lambat...bergegas la balik bilik...

tapi bila balik bilik,tiba-tiba cam semangat nak study, da tak pandang katil terus ke meja study...bila pandang laptop je, terpandang status baru yang kawan-kawan post, and ada pulak kawan-kawan yang buzz kat YM and Skype..apa lagi, komen la sepatah dua kat post kawan-kawan di facebook, reply la jugak sepatah dua buzz chat kawan-kawan..konon ramah sambil nak hilang bosan study..tapi bila bila da reply, timbul la topik perbualan baru..proses KONON-KONON nak study berulang kembali kepada rokok, ke tandas dan lain-lain seperti yang dah dinyatakan di atas..sampai la pukul 4pagi...

pukul 4, mata da rasa berat,kononnya takut tak bangun utk kelas pagi nanti, so gagahkan diri untuk shutdown komputer...alik-alik,gagahan diri dari meleret sampai pukul 5 pagi, then 530 pagi baru masuk tidor...dekat-dekat pukul 6 baru mata terpejam lena tak sedar pape da..kat situ da jadi satu dosa sebab da miss subuh...haisshhhh...apa la nak jadi...korang punya aktiviti tiap-tiap hari cane ea? hurmmm...

0 comments: