CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 29 September 2010

mode : malas

makin hari makin menjadi-jadi lak...pagi susah nak bangun..bila da bangun, petang sambung tido..maghrib baru bangun balik...pastu malam bila da lapar, pergi la makan...da balik makan, hati senang sebab perut kenyang...bajet nak rilek kejap before study, isap rokok dulu sebatang dua sambil tengok movie...


tapi bila da mengadap laptop dengan sambil online, mata tengok movie, tangan dok ketak ketuk menaip(chatting)...pas abes sebatang rokok, mata menjeling jam, "oh, awal lagi..lek lu, sap kok lu"...sambung balik main chatting, facebook yada yada...dalam 10minit gitu, isap lagi sebatang rokok, mata tengok jam,eh ni da boleh start nak buat kerja da ni...sedut punya sedut rokok, tiba-tiba rasa nak kencing, maka pergi la ke tandas...da balik tandas, tak terus ke meja untuk offline and study...

tapi pergi bilik sebelah tengok dorang buat apa..rupanya tengok rancangan korea, family outing...join la sekaki..konon-konon sekejap...tapi faham-faham laa...bila da mengadap benda camtuh,tergelak-gelak ngan member-member...bertambah seronok pulak..mula-mula berdiri, pastu kaki ni mula rasa lenguh...tarik kerusi dari meja member,konon nk hilangkan lenguh sebab tengok sambil berdiri...dalam hati berkata "habis satu episod korean show ni, balik bilik study laa"...setengah jam lepas tuh, bila da abis citer, dorang sambung tengok lagi satu episod...kononnya tak mau terjebak,risau tido lambat...bergegas la balik bilik...

tapi bila balik bilik,tiba-tiba cam semangat nak study, da tak pandang katil terus ke meja study...bila pandang laptop je, terpandang status baru yang kawan-kawan post, and ada pulak kawan-kawan yang buzz kat YM and Skype..apa lagi, komen la sepatah dua kat post kawan-kawan di facebook, reply la jugak sepatah dua buzz chat kawan-kawan..konon ramah sambil nak hilang bosan study..tapi bila bila da reply, timbul la topik perbualan baru..proses KONON-KONON nak study berulang kembali kepada rokok, ke tandas dan lain-lain seperti yang dah dinyatakan di atas..sampai la pukul 4pagi...

pukul 4, mata da rasa berat,kononnya takut tak bangun utk kelas pagi nanti, so gagahkan diri untuk shutdown komputer...alik-alik,gagahan diri dari meleret sampai pukul 5 pagi, then 530 pagi baru masuk tidor...dekat-dekat pukul 6 baru mata terpejam lena tak sedar pape da..kat situ da jadi satu dosa sebab da miss subuh...haisshhhh...apa la nak jadi...korang punya aktiviti tiap-tiap hari cane ea? hurmmm...

Ahad, 19 September 2010

rumah kata pergi...utm kata misti mari...

oh tidak! xsanggup nk drive balik ke johor...planning kawan2 yg nk konvoi pula mmg shit..
call x angkat, mesej pn lambat reply...kalo ad problem pelik2, memang jadi tragedi amok la esk...

still rasa tak semangat nak balik ke utm untuk masuk kelas dengar lecture..still dalam mood untuk tido makan dan bersenang lenang kat umah main game...huhuhu

tapi apakan daya,kalo hari2 hidop macam tuh pon,boring jugak...lagi elok ak balek utm,dk sane ade gak pekdah..
ya allah..selamatkan perjalanan hamba-hamba mu ini pada esok hari ya allah...moga-moga kami tiba dengan selamat di utm sana...

Selasa, 7 September 2010

selamat hari raya

post yg sebelum ni banyak yg copy paste dari artikel jek...
kali ni nak streching sket tangan mangan yg da lame x menaip neh..ho3

2 3 hari lepas, waktu senggang antara solat tarawih dengan solat witir, pak imam surau tuh ada kasi tazkirah sket..kira cam renungan bersama sebagai peringatan utk diri sendiri dan kawan-kawan sumer...

kata pak imam ;
"...rasulullah pernah menyebut perkataan celaka kepada 3 golongan...

golongan pertama ; apabila mendengar nama baginda, Nabi Muhammad s.a.w..maka sesiapa yang mendengar nama baginda di sebut, maka perlu menjawab dengan sallallahualaihiwasalam...atau biasanya di shortform kan menjadi SAW...jika tidak,maka celaka lah orang tersebut..."

pak imam diam sebentar mengambil nafas...dan beristighfar lalu menyambung lagi...

"golongan kedua yang rasulullah memanggil mereka dengan perkataan celaka adalah dari kalangan mereka yang menyingkirkan ibu bapa kandung mereka...dalam erti kata lain membuang ibu bapa mereka dari hidup mereka...ditekankan disitu selain mengenang budi mereka,tak kira walau bagaimana baik atau buruk pun layanan mereka terhadap kita, seharusnya kita tidak membuang atau mengabaikan hubungan silaturahim tersebut..."

ya allah..janganlah aku sendiri tergolong dalam golongan yg derhaka neh...tak nak jadi tanggang moden...

pak imam menyambung lagi..

"golongan ketiga yang di panggil celaka oleh rasulullah ialah mereka yang tidak punya usaha untuk maju atau dalam erti kata lain tak nak improve diri sendiri dalam bulan ramadhan neh...sebagai contoh yang paling mudah, bagi perokok yang tegar, sepatutnya dalam bulan puasa ni laa nak berusaha untuk berhenti...paling tidak pun cuba untuk kurangkan aktiviti merokok tuh..."

untuk contoh-contoh yang lain, rasanya korg bleh pikirkan sendiri la kot...begitu la kita sebagai manusia, mesti ada semangat untuk melakukan sesuatu...berubah itu cukup sukar...mungkin utk jadikan diri lebih semangat, perubahan diri dari negatif ke positif tuh kita boleh jadikan salah satu usaha dalam jihad kita untuk islam...usaha untuk menjadi muslim dan muslimah yang patuh pada hukum syarak..

waktu pak imam tuh btaw pasal golongan ketiga tuh,ak tersentak gk la an...ye la, bila ak pikir-pikir balik,ape sangat la usaha ak dalam bulan ramadhan neh untuk berubah...tapi untuk sedapkan hati, macam yang selalu dibuat, aku cuma boleh kata ada sedikit perubahan mungkin kecil tapi sekurang-kurangnya aku usaha jgk utk berubah...and perubahan yang kita nak tuh rasanya elok kalau perubahan dari segi spiritual bukan fizikal...setakat nak ubah fizikal, potong rambut pun da kira berubah...betul tak?

huu... bersyarah pulak ak pukul 2 3 pagi neh...harap-harap apa yang dah ak taip neh bila di baca,sedikit sebanyak boleh membantu diri sendiri dan sape-sape jek yg membaca untuk merenung tentang diri kita selaku khalifah kat bumi Allah neh...hidup kita kat atas neh cuma satu persinggahan..still ada perjalanan lain yang dah diaturkan Allah untuk hambaNya..dan liku-liku perjalanan tu da di beri peluang kat kita macam mana nak kita lalui...perkara yang nak kena kita lakukan juz banyakkan amal dan kurangkan kemungkaran...sekian, wasalam...

Sabtu, 4 September 2010

tanda-tanda kematian

100 hari sebelum kematian:

>Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

>Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

>Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

Khamis, 2 September 2010

just a reminder for myself

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.