Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalu bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak mampu lagi bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka Berhentilah member alas an walau ingin menyatakan kebenaran Hiduplah dalam iman walau hari di penuhi dugaan dan berpeganglah pada Allah walau Dia tak kelihatan Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Allah menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi Moga lelahmu dihargai walau dicemuh insani.
Rabu, 6 Mei 2009
Mutiara hati II
Nukilan it's all about life... pada 9:29 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan