CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 5 Disember 2008

saya tak marahkan awak

Pelik tapi benar...

Ak da berjaya untuk ignorekan dia kt ym dan seangkatan waktu dengannya...ya,bagi ku itu satu kejayaan sebab da boleh teruskan hidup tanpa rasa berada bawah bayang-bayang dia, jauh sekali rasa bersalah...dari sikapnya terhadap ak juga dapat ku simpulkan bahawa ak sudah tak punya tempat di hatinya...

Apa yang pelik tapi benarnya? pelik tapi benar bila dia mengajak ak berwebcam tapi belum sempat kami mula dengan tiba-tiba katanya ada hal perlu diselesaikan dan akan kembali kemudian. kononnya tidak mahu menghampakan,ak menurut kehendaknya lantas ku turun ke tingkat bawah dan masuk ke bilik mengambil laptop ku. Ya, turun semata-mata mengambil laptop untuk berwebcam dengannya..

Terus terang ak katakan ak gembira tiap kali dapat bercakap dengan dia...tapi ak tahu,ak perlu jauhkan diri darinya..banyak perkara yang ak rasakan yang membuatkan kami memang tidak serasi untuk bersama walaupun sebagai kawan...kenapa? usahlah diungkit kisah lalu...apa yang penting, ak perlu gagah dan tabah teruskan hidup...keluarga perlukan ak sebagai pengganti abah..lalai kerana percintaan adalah perkara yang perlu ak ketepikan jika tidak mahu gagal. Betul seperti apa yang sahabatnya katakan...kami tidak serasi sebenarnya.

Tambahan pula,ak tidak perlu marah-marah jika dia tidak mahu menegur ku,berwebcam dengan ku dan lain-lain perkara...ak perlu sedar kedudukan ku pada matanya...perlu berpijak pada realiti dan tidak hanyut dengan memori lalu.. apa yang harus ak lakukan sekarang adalah cuba lagi untuk melupakan dia. Lupakan pada ku ertinya tidak berhubung. elok benar jika kami tidak berhubung untuk satu jangka masa yang panjang... ak perlukan masa untuk mengubati luka..sekarang baru ak percaya,putus cinta dan patah hati itu menyeksakan...

Walau apa pun yang terjadi, ak tetap tak lupa untuk mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dia buat selamanya. Kesabaran, kasih sayang dia tak dapat ak balas..mungkin kecil tapi hal-hal demikian amat bermakna bagiku. Mungkin tidak memadai tapi ikhlas ak ucapkan..TERIMA KASIH..