CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 17 November 2008

………..

Kenapa bercakap jujur jadi satu benda yang susah utk dilaksanakan sedangkan benda tu satu sikap mulia? Susah sangat ke nak jadi jujur? Kenapa susah sangat nak mengaku bila mencuri? Takut kena tangkap polis? Takut malu? Kalau da berani mencuri, kenapa tak berani nak mengaku salah? Boleh pulak takutkan hukuman dunia sedangkan hukuman akhirat lagi teruk…kenapa mesti takutkan polis sedangkan Allah lagi besar? Bangga la dengan diri sendiri bila dapat mengaku salah sedangkan benda tu tak ramai yang berani nak buat.

Kenapa susah nak bercakap jujur kalau hati sebenarnya berat nak cakap "saya sayang abah", "saya sayang umi" atau 'saya sayang awak".. adakah sebab ego yang tinggi? Mungkin perasaan malu…mungkin? Malu sebab takut di ejek anak mak? Malu sebab takut di ejek jiwang? Apa penting sangat ke ego tu dibandingkan dengan kata-kata macam tu? Bangga la dengan diri sendiri bila sebab tak ramai yang berani untuk luahkan isi hati diorang kat orang yang diorang sayang.

Kenapa susah nak berkata-kata jujur sedangkan itu perkara yang kita harapkan dari orang lain…kenapa perlukan orang lain untuk jujur terhadap kita bila kita sendiri tidak kepada diri sendiri. Pandang diri sendiri dulu sebelum menuding pada yang lain…kalau takde duit, kenapa mesti berbelanja macam orang kaya berduit,berharta? Kenapa mesti berhutang semata-mata nak nampak cool? Apa imej itu ke yang kita pakai untuk dijadikan modal berkawan? Renungan bersama kawan-kawan…… J

0 comments: